Pasukan MobaZane, BTK tak boleh join MSC 2023

Pasukan BloodThirstyKing (BTK) sah disingkirkan oleh Moonton selepas mereka didapati melanggar peraturan oleh pihak penganjur.

Juara North America Challenger Tournament (NACT) Spring itu terpaksa melupakan slot ke MSC 2023 di Kemboja.

Moonton mendapati bahawa BTK tidak dapat memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu mereka melanggar peraturan MSC 3.1.1.

Peraturan itu menjelaskan bahawa satu pasukan perlulah menetapkan tujuh ahli pasukan iaitu seorang jurulatih, lima pemain dan satu pemain simpanan sepanjang pertandingan berlangsung.

Mereka juga didapati melanggar peraturan 5.2.3 di mana barisan pemain mestilah sama seperti mana mereka melayakkan pasukan mereka ke MSC 2023 melalui MPL atau mana-mana kelayakan.

Bukan itu sahaja, salah seorang pemain BTK tidak mempunyai pasport yang sah dan seorang lagi pemain tidak mendapat kebenaran daripada penjaganya untuk menyertai kejohanan tahunan itu.

“Pasukan itu tidak dapat memenuhi syarat dan pengurus mereka mengesahkannya,” ujar Moonton.

Secara rasminya, naib juara untuk NACT Spring 2023, Team Outplay akan mengisi slot ini.

BTK masih lagi layak untuk kelayakan ke World Esports Championship yang dihoskan oleh IESF.

Dengan berita ini, maka semua slot ke MSC sudah dipenuhi oleh pasukan yang terpilih.

MSC 2023 akan diadakan di Kemboja dan akan bermula pada 10 Jun sehingga 18 Jun.

RELATED NEWS

+