MPL Malaysia: Inilah ‘senjata rahsia’ Geek Fam – merekrut 2 pemain Indonesia

Organisasi e-sukan tempatan, Geek Fam mempertaruhkan dua pemain Indonesia bagi liga profesional Mobile Legends (MPL Malaysia) musim ketujuh kali ini.

Kedua-dua mereka adalah Raden Ananda (Heyden) yang akan bermain sebagai tank manakala Yalsa Agustian Nugraga (Lilbee) adalah pemain dengan peranan fleksibel.

Melengkapkan skuad baru Geek Fam ini adalah pemain tempatan, Mohamad Rasul Abdul Malik (Nellbie), juga seorang pemain yang fleksibel.

Pengumuman itu dibuat dalam satu posting ringkas di Facebook sebentar sahaja tadi.

Adakah pemain baharu ini mampu menguatkan lagi komposisi Geek Fam?

Pada minggu lepas, Geek Fam tewas di tangan Team Bosskurr dengan skor 0-2. Lineup tersebut seperti bukan perlawanan biasa dinantikan daripada Geek Fam. Kata kapten Geek Fam MLBB, Muhammad Nazmie Khalid (Artz), mereka hanya berlatih selama seminggu untuk bermain lineup tersebut.

Malah, ketiadaan Rumpel dan OzoraVeki membuatkan Geek Fam perlu reset kembali dan menyemak percaturan mereka.

Foto: Geek Fam

RELATED NEWS

+