MPL MY: “Conceal” menjadi kunci kemenangan RSG MY

Perlawanan terakhir minggu ketujuh menyaksikan pasukan Homebois akan bertemu dengan pasukan RSG MY.

Homebois berjaya mendapatkan kemenangan bersih terhadap Geek Fam semalam dan mereka sangat berpotensi untuk melayakkan diri ke playoff.

Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan dan mereka harus bermain perlawanan penentuan ketika ini.

Pasukan Homebois berjaya mengawal peta pada minit-minit awal permainan namun Blazing Duet yang dikeluarkan oleh Akimmm pada minit ke-10 berjaya menukarkan keadaan.

RSG MY mula mendapatkan tenpo permainan dan mereka hanya menunggu Lord muncul untuk melakukan pushing.

Namun begitu, kesilapan yang dilakukan oleh Kuza di dalam perlawanan retribution ke atas Lord berjaya memberikan kelebihan kepada Homebois.

Malang sekali buat pasukan Homebois apabila mereka diserang hendap oleh pasukan RSG MY dengan conceal yang dibuka oleh Zacus.

Oleh kerana itu, pasukan RSG MY berjaya menjatuhkan 3 ahli pasukan Homebois dan meninggalkan Chibi dan Saiful untuk mempertahankan crystal.

 

RELATED NEWS

+