MPL MY: Homebois masih tidak terkalah di dalam kumpulan A

Perlawanan hari ketiga minggu ketiga MPL MY S9 menyaksikan pasukan MAB Esports kembali bertemu dengan pasukan Homebois.

Pasukan Homebois berjaya mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama dengan aksi Chibi menggunakan Ling dengan begitu baik sekali.

MAB tidak mempunyai sebarang hero yang boleh mengenakan crowd control ke atas Chibi dan mereka harus akur dengan kekalahan di perlawanan pertama.

Perlawanan seterusnya memberikan kelebihan kepada MAB Esports selepas corak permainan Aulus dan Kadita berjaya mendapatkan mereka kemenangan.

Pasukan MAB mempunyai momentum di fasa awal permainan di dalam perlawanan ketiga namun kesilapan yang dilakukan di Lord yang pertama menyebabkan Homebois kembali mendominasi.

Homebois terus mengawal peta dan memenangi perlawanan, Aliff sukar untuk mendapatkan backline pasukan musuh dan Yin yang digunakan oleh Chibi terus mencari Xslash untuk mengurangkan kekuatan pasukan MAB.

Pasukan MAB yang cuba untuk mencuri Lord terakhir tidak berjaya dan mereka terus ditewaskan serta merta.

Homebois masih menjadi pasukan yang tidak pernah mengalami kekalahan ketika ini. Mereka terus mengejar mata untuk mendapatkan tempat pertama kumpulan A.

Foto: Moonton Games

 

 

RELATED NEWS

+