MPL MY: RSG MY menebus kekalahan

Pasukan Team Caracal akan menentang dengan RSG MY di dalam perlawanan kedua pada hari ini.

Terdahulu, Team Caracal menang ketika pertemuan mereka RSG MY dengan skor 2-1.

RSG MY akan cuba untuk bangkit pada perlawanan kali ini untuk meningkatkan mata mereka di kumpulan B.

Pasukan RSG MY mengalami kesukaran pada minit awal permainan apabila Kuza kehilangan orange buff yang dicuri oleh Neo yang menggunakan ejector.

Seterusnya, Team Caracal terus memperlahankan farming Kuza dengan merusuh ke arah jungle RSG MY.

Kuza terus bertahan dan melakukan farming secara lebih selamat dan akhirnya berjaya mendapatkan level 12 lebih awal.

Di saat Aulus sudah mencapai level 12, pasukan RSG MY terus menghukum Team Caracal yang kerap kali tewas di dalam pertarungan.

My Turn yang digunakan oleh LinkEzaa tidak berkesan ke atas pasukan lawan apabila dia sendiri yang ditumbangkan.

Meskipun adanya Real World Manipulation yang digunakan oleh Aim, Team Caracal tetap gagal untuk menjatuhkan pasukan RSG MY.

Mereka tewas di dalam pertempuran mendapatkan Lord dan RSG berjaya menang bersih 2-0.

RELATED NEWS

+