MPL MY: Todak gagal tebus kekalahan di musim lepas

Perlawanan terakhir pada hari kedua minggu kelapan MPL MY S9 menyaksikan pasukan Todak akan bertemu dengan Team SMG.

Pasukan Todak menggunakan strategi baru dengan memberikan Yums mengambil posisi jungler.

Namun begitu, mereka mengalami kesukaran menerima asakan dari Team SMG.

Team SMG berjaya mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama.

Todak menerima nasib yang sama di perlawanan kedua apabila Team SMG berjaya mengawal peta dan memberikan mereka asakan.

Selain itu, corak permainan yang cukup cemerlang ditunjukkan oleh ZaimSempoi menggunakan Grock dapat menghentikan pergerakan Todak.

Team SMG bijak mengatur strategi mereka untuk memulakan perlawanan dan mereka melakukan kombo yang sangat bagus oleh Yu Zhong dan juga Grock.

Pasukan Todak semakin ketinggalan dari perbezaan gold yang sangat ketara dan Team SMG menumbangkan Luminous Lord pada minit ke-18 untuk menamatkan permainan.

Foto: Moonton Games

RELATED NEWS

+