MPLI: Bigetron Alpha menyertakan pemain Malaysia, Rippo di lineup utama

Pendaftaran pemain untuk Kejohanan Jemputan Liga Profesional MLBB (MPLI) sudah pun berakhir. 

Bagi pasukan Indonesia, Bigetron Alpha, mereka akan menyertakan pemain Malaysia, Muhammad Arif Abdul Halim atau Rippo untuk lineup utama pasukan tersebut.

Difahamkan, sebelum ini Rippo turut bermain di MPL Indonesia namun tidak berjuang di babak playoffs. Namun, Rippo ada beberapa kali muncul pada peringkat liga bertarung untuk skuad itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Bigetron Esports (@bigetronesports)

Rippo akan menyertai BTR Maxx, Renbo, Branz, Taka dan Dreams.

MPLI akan berlangsung pada 27 November ini mengumpulkan 20 pasukan terbaik dari Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapura dan Filipina yang mana mereka akan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM415,250).

RELATED NEWS

+