Pertandingan E-Sukan Global MLBB – Snapdragon Pro Series bekerjasama dengan Moonton Games

ESL FACEIT Group (EFG), syarikat penganjur e-sukan dan Qualcomm Technologies Inc mengumumkan Snapdragon Pro Series dengan kerjasama MOONTON Games untuk mengembangkan ekosistem kompetitif bagi Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Perkongsian ini akan memperkenalkan MLBB sebagai permainan video genre Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih paling popular di dunia ke rantau baru dalam Snapdragon Pro Series.

Liga juga akan membawa banyak lagi nama-nama e-sukan lain dengan membawa jumlah hadiah wang terkumpul AS$780,000 (RM3.65 juta).

Ekosistem terbuka ini akan membawa pertandingan MLBB peringkat tertinggi ke Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika Utara dan liga MLBB wanita yang baru di Asia Tenggara.

Sebagai sebahagian dari kerjsama ini, MLBB akan menjadi judul Mobile Masters bagi Tahun ke-3 Snapdragon Pro Series dengan ganjaran sehingga AS$200,000 (RM937 ribu) untuk pesaing antarabangsa teratas.

Snapdragon Pro Series juga akan melancarkan dan mengendalikan liga MLBB wanita yang baru di rantau Asia Pasifik dan Jepun.

Hadiah wang terkumpul untuk pertandingan ini ada AS$30,000 (RM140 ribu) sepanjang musim liga.

Misi MOONTON untuk tahun 2024 ini adala mengembangkan MLBB di peringkat antarabangsa melalui program e-sukan sedia ada atau perluasan Snapdragon Pro Series ke pasaran baru.

Pertandingan Snapdragon Pro Series MLBB akan bermula di rantau Asia Pasifik pada 8 April, diikuti Eropah, MENA dan Amerika Latin.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Snapdragon Pro Series.

RELATED NEWS

+