MSI x CAPCOM kolaborasi Monster Hunter sempena ulangtahun ke-20

MSI kini berkolaborasi dengan Monster Hunter. Mereka melancarkan PC, komputer riba, barangan PC dan beberapa lagi akseksori bertemakan Monster Hunter.

Dengan inspirasi dari Rathalos, setiap produk ini akan mempunyai tema Rathalos yang menjadi maskot untuk Monster Hunter selepas sekian lama.

Ini antara MSI Edisi Monster Hunter:

  • PC Case MPG Gungnir 30
  • Motherboard MPG Z790 Edge
  • Monitor MAG 274QRF QD E2
  • Kad Grafik Slim GeForce RTX 4060 Ti 8G
  • Penyejuk Cecair MAG Coreliquid E360
  • Komputer Riba Crosshair 16 HX
  • Alat Kawalan Force GC30

Tetapi dengan setup bertemakan Monster Hunter, produk ini bakal terjual dengan cepat nanti.

Setakat ini masih belum ada pengumuman harga dibuat oleh MSI.

RELATED NEWS

+