syarikat indie kecil, Monster Energy menyaman Capcom dan Pokemon Company pula."> syarikat indie kecil, Monster Energy menyaman Capcom dan Pokemon Company pula." /> syarikat indie kecil, Monster Energy menyaman Capcom dan Pokemon Company pula." />

Monster Energy saman Capcom dan Pokemon Company kerana perkataan ‘monster’

Selepas kes saman terhadap syarikat indie kecil, Monster Energy menyaman Capcom dan Pokemon Company pula.

Monster Energy tetap berkeras dan mengatakan kedua-dua syarikat tersebut menggunakan perkataan ‘Monster’ secara berlebihan.

Syarikat air tenaga tersebut merasakan pengguna mereka akan keliru dengan jenama ‘Monster’ mereka.

Antara permainan video yang disaman adalah Pokemon X dan Y, Pokemon Sun dan Moon, Monster Hunter Cross dan francais Monster Hunter secara keseluruhan.

Untuk pengetahuan semua Pokemon di Jepun digelar sebagai Pocket Monsters (Pokemon).

Saman ini dibuat di Jepun dan mahkamah Hepun terus dengan keputusan dinafikan begitu sahaja.

Monster Energy sebenarnya telah membuat lebih 100 jenis aduan di Jepun kepada pelbagai jenis syarikat yang menggunakan perkataan ‘Monster’ dalam apa cara sekali pun.

Malah syarikat Monster Energy sentiasa kalah dengan saman mereka terhadap Capcom dan Pokemon Company.

Rujukan: comicbook

RELATED NEWS

+