Overcooked! All You Can Eat diumumkan untuk PS5 dan Xbox Series

Satu lagi permainan akan menyertai barisan permainan pelancaran PlayStation 5 (PS5) dan ia merupakan sebuah permainan multi-pemain sesuai untuk seisi keluarga. Overcooked! All You Can Eat telah diumumkan untuk PS5 dan Xbox Series.

Ia akan tiba di PS5 pada tarikh yang sama dengan pelancaran PS5 iaitu 12 November. Versi Xbox Series pula akan menyusul pada masa depan. Overcooked! All You Can Eat bukan sebuah sekuel tetapi lebih kurang seperti sebuah remaster. Ia mengandungi semua kandungan daripada Overcooked! dan Overcooked! 2.

Selain itu, terdapat beberapa kandungan eksklusif yang tidak pernah diperkenalkan dalam versi-versi sebelum ini. Antaranya adalah beberapa chef, skin, dan peta baharu. Satu kemas kini penting ialah pemain akhirnya boleh main peta Overcooked! secara dalam talian dengan rakan-rakan.

Seperti kebanyakan permainan generasi kini yang dibawa ke generasi baharu, kualiti grafik dan prestasi Overcooked! All You Can Eat akan dinaik taraf. Keadaan huru-hara dalam dapur menjadi lebih jelas dengan resolusi 4K dan kadar bingkai 60FPS.

Untuk maklumant lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Team 17.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+