Pearson tawarkan program pengurusan perniagaan e-sukan untuk Asia Tenggara

Pearson, salah satu syarikat terbesar bidang pendidikan bakal melancarkan program pertama kelayakan Pengurusan Perniagaan E-sukan di rantau Asia Tenggara.

Kerjasama ini dibuat bersama British Esport Association, Acad Arena dalam melancarkan program ini ke mana-mana universiti yang berkelayakan.

Industri e-sukan nyata menunjukkan banyak pertumbuhan dari segi jumlah peminat dan hasil pendapatan daripada stream.

Asia Tenggara juga menjadi tempat paling cepat membangun dalam dunia pasaran e-sukan secara dunia.

Baru-baru ini juga acara seperti Dota 2 The International 2022 (TI11) di Singapura manakala MLBB M4 World Championship di Jakarta.

Singapura pula bakal menjadi tuan rumah untuk Olimpik E-sukan yang akan bermula Jun, Cambodia pula bakal menjadi tuan rumah untuk SEA Games Esports.

Pearson BTEC International Level 3 Esports

Program ini diadakan untuk memenuhi permintaan dalam industri e-sukan.

Tambahan lagi, program ini juga bakal memberikan mahasiswa lebih banyak kemahiran dan pengetahuan dalam bidang e-sukan untuk jangka masa panjang dan masa depan mereka.

Sijil E-Sukan dan Diploma ini akan menawarkan 22 jam kredit dengan banyak kursus yang berkaitan dengan e-sukan dari psikologi, pengurusan acara e-sukan, pembelajaran kajian kes e-sukan dan lain-lain.

Program ini akan ditawarkan ke mana-mana sekolah, universiti, politeknik, sekolah vokasional dan mana-mana institusi pengajian tinggi.

Sudah semestinya program ini akan menggunakan penilaian berdasarkan projek 100%.

Pearson juga sedang mendekati pemain e-sukan dan ramai lagi.

Mungkin nanti universiti, kolej dan kolej vokasional di Malaysia akan menawarkan program ini?

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman rasmi Pearson.

RELATED NEWS

+