Baru-baru ini Sensor Tower, penganalisa data aplikasi mudah alih, melalui laporan mereka menunjukkan sebilangan besar syarikat penerbit permainan mudah alih mencapai perolehan melebihi AS$1 juta bagi sepanjang 2021.
Bagi 2021, 906 syarikat penerbit aplikasi berjaya mencapai sasaran perolehan melebihi AS$1 juta, dengan penerbit permainan mudah alih mewakili jumlah besar, iaitu sebanyak 35% dengan 185 syarikat.
Nombor ini adalah sedikit berkurangan berbanding tahun 2020 di mana lebih 1003 penerbit permainan mudah alih yang mencapai sasaran AS$1 juta.
Menurut Sensor Tower juga, pendapatan permainan mudah alih bagi separuh pertama 2021, mencatatkan sebanyak US$44.7 billion (RM188.41 billion).
Selain itu, aplikasi bukan permainan juga mencatatkan peningkatan berikutan penambahan kategori-kategori baharu di Google Play Store dan App Store.
Sumber: VentureBeat