Diablo Immortal catat untung AS$24 juta dalam masa dua minggu

Walaupun menerima kecaman sewaktu pelancaran disebabkan bisnes model yang memaksa pemain berbelanja begitu banyak wang untuk melengkapkan karakter sepenuhnya (endgame), Diablo Immortal tetap mencatatkan untung iaitu AS$24 juta (RM105 juta) dalam masa dua minggu.

Mengikut syarikat penganalisis AppMagic, 43% dari keuntungan itu adalah dari perbelanjaan pemain di Amerika Syarikat, 23% di Korea Selatan dan 8% di Jepun. Kebanyakan hasil adalah dari negara barat.

Keuntungan ini adalah dari hasil penjualan kosmetik, battle pass dan kotak tikam yang berisi legendary gem.

Sementara itu, Sensor Tower mencatatkan Honor of Kings dengan keuntungan AS$268 juta sebulan pada Mei lalu manakala PUBG Mobile pula AS$206 juta.

Biarpun keuntungan Diablo Immortal tidak sama seperti judul peranti pintar yang popular, namun, ia menunjukkan masih ramai yang berbelanja walaupun selepas mendapati bisnes model adalah sebegitu. Mungkin juga kerana ramai yang menikmatinya pada waktu lapang.

Blizzard bagaimanapun mengatakan Diablo 4 tidak akan mempunyai sistem transaksi mikro yang sama seperti Immortal, hanya kosmetik. 

Diablo Immortal akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Julai ini.

Sumber rujukan: Forbes

RELATED NEWS

+