Pengulas Dota 2 Filipina Dunoo (Kuya D) meninggal akibat Covid-19 – terkenal dengan Lakad Matataaag!

Sebagai pemain Dota 2 anda pasti pernah medengar Lakad Matataaag! Normalin, Normalin dan Easiest money of my life!.

Itu adalah frasa yang sering disebut oleh Pengulas Filipina Aldrin “Dunoo” Pangan. Hari ini dukacitanya dimaklumkan beliau sudah meninggal dunia akibat Covid-19.

Wykrhm Reddy, tipster Dota 2 juga mengesahkah atas pemergian ini dan mengucapkan takziah.

Di bawah adalah antara snippets terhebat dari mendiang Kuya D.

Image

Kuya D atau Dunoo memberitahu di media bahawa beliau sudah positif Covid-19 dan masih cuba untuk berlawan.

Namun beliau perlu dikejarkan ke hospital namun tiada tempat dan hanya medapat rawatan di rumah.

Usaha untuk pemulihan tidak berjaya.

“Sudah beberapa hari saya tidak mendapat tidur yang cukup. Rehat yang sedikit dan batuk yang berpanjangan sehingga saya tidak dapat bernafas dengan mudah. Saya tidak tahu apa untuk dibuat lagi. Saya berharap semua ini akan berakhir nanti,” kata Aldrin di Facebook.

Kuya D bakal dikenang selama-lamanya di dalam Dota 2 dengan voice line beliau yang sangat ikonik dalam komuniti Dota 2.

RELATED NEWS

+