PSG LGD didenda Valve gagal laporkan kes COVID untuk TI11

PSG.LGD antara pasukan kegemaran untuk memenangi The International 11 Dota 2.

Namun, mereka pula memberi tanggapan buruk terhadap Valve apabila gagal untuk melaporkan kes positif COVID-19 untuk staf mereka.

Lebih menyedihkan bukan pemain dan jurulatih mereka yang positif COVID.

Sebaliknya individu itu adalah Pan Fei, Pengurus Besar PSG.LGD.

PSG.LGD-dota-2

PSG.LGD gagal melaporkan Fei untuk tidak pergi ke TI dan mereka juga menyedari perkara ini sudah terlambat.

Sebagai denda, Valve mengambik hak PSG.LGD untuk pilihan hero di antara Radiant atau Dire untuk perlawanan mereka berlawan dengan RNG.

Ini bakal menjadi masalah besar untuk PSG.LGD kerana pemilihan drafting sangat-sangat penting terutamanya untuk Dota 2.

Masa tambahan drafting juga ditarik daripada mereka.

Nasib baik untuk PSG.LGD kerana sesiapa yang menghadiri The International 11 dilaporkan negatif COVID-19.

Hanya penalti sekecil ini boleh membawa masalah yang besar semasa drafting.

RELATED NEWS

+