Pusingan Akhir FIFA Online 3 National Championship Musim 7 – Meet Team Singa Malaya

Pusingan Akhir bagi Kejohanan FIFA Online 3 National Championship musim ketujuh akan bermula tak lama lagi iaitu pada 11, 12 dan 13 November ini! Kali ini ia akan diadakan di Kuantan City Mall, Kuantan dan menghimpunkan empat pasukan yang sudah pun berjaya membuktikan diri mereka untuk layak ke peringkat akhir ini.

  • Satu-satunya pasukan yang  mempunyai ahli dari Singapura iaitu Zarate.
  • Pasukan ini menempuh kesukaran apabila dua pemain, RippedJeannn dan Zarate tidak dapat bertanding kerana perlu menyertai kejohanan lain di China.
  • Kehilangan dua pemain memaksa mereka forfeit 2 daripada 6 perlawanan.
  • Meskipun begitu, Old dan J0K3R menewaskan kedua-dua lawan mereka 2-1 dan berjaya menempah slot ke final.

DARI kiri, Arvind Aaron Gomez (xJ0k3Rx), 24, Gan Mun Kiat (RippedJean), 20, Mohamad Hasan Abdul Hamid (Old), 26 (kapten) dan Joseph Yeo Jia Hui (Zarate), 24

1. Tahniah kerana sudah berjaya ke final! Apa expectation kapten (Old) untuk NCS7 kali ini?

Alhamdulillah, saya telah menyertai kesemua kejohanan NC dari season 1 hingga season 7. Memandangkan season ini yang terakhir, tentulah kejuaraan yang kami cari.

2. Apa pandangan kapten dengan line up kali ini?

Line up kali ini agak berbeza dengan sebelum ini, kerana kami ada teammate dari Singapura iaitu Zarate.

3. Grand final sudah tentunya sengit dan mencabar. Apa persediaan atau rutin setiap ahli sebelum menyertai kejohanan ini?

Persediaan setiap ahli akan bermain friendly match dan ranking match sebanyak mungkin untuk improve kan skill dan focus. Sehari mereka akan bermain sekurang-kurangnya selama 4 jam.

4. Adakah ahli keluarga akan turut beri sokongan untuk kejohanan kali ini?

Ibu bapa dan keluarga tetap akan beri sokongan, tapi mungkin tak dapat hadir ke venue. Mereka mengharapkan agar kami semua memenangi setiap event yang kami join.

5. Sebagai kapten, kamu rasa peluang untuk menang kali ini mungkin lebih tinggi berbanding sebelum ini?

Kami rasa peluang untuk menang kali ini lebih tinggi kerana setiap dari kami pernah mewakili negara dan masing2 mempunyai skill dan pengalaman yang banyak.

6. Sebagai kapten, apa cabaran paling sukar yang korang hadapi?

Sebagai kapten, tentulah sukar untuk menguruskan team ini kerana dua daripada ahli kami juga turut bermain di FSL (FO3 Super League) di China dan tarikh group stage NCS7 ini kebetulan sama dengan schedule mereka di FSL.

Jadi kami terpaksa bermain di group stage dengan berbaki 2 pemain dan diberikan 1 forfeit 0-5. Dengan tekanan yang tinggi, kami meneruskan juga perlawanan hingga melayakkan diri kami ke pusingan akhir NC kali ini.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Pusingan Akhir FIFA Online 3 National Championship di TV9 pada 5.30PM, 11 November, 2017!  

TAGS

RELATED NEWS

+