[RASMI] Xorn dan Maima kembali

Selepas jendela perpindahan pemain diumumkan oleh MPL MY, kini giliran pasukan Geek Fam pula mengumumkan kemasukan ahli mereka.

Maima dan Xorn akan kembali beraksi ke dalam pasukan untuk menebus kembali kekalahan Geek Fam selama tiga minggu.

Mereka kini berada di kedudukan tercorot kumpulan B dan harus bangkit semula bagi melayakkan diri ke peringkat playoff.

Terdahulu, Geek Fam mengumumkan bahawa Xorn akan berehat dari arena kompetitif MLBB dan akan fokus lebih ke arah streaming.

Adakah kemasukan Xorn dan Maima mampu memberikan tamparan hebat kepada pasukan lain untuk 5 minggu lagi? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+