Red Esports membawa masuk tiga pemain baharu, Team Secret ganti Gold Laner

Red Esports membawa masuk tiga pemain baharu pada jendela perpindahan MPL MY musim ke-11 kali ini.

Menurut ciapan yang dimuat naik oleh MPL Malaysia, Red Esports mengambil dua bekas pemain MPL MY iaitu Wynn dan AJ.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Kedua-dua pemain ini adalah ejen bebas dan mereka akan mengisi slot sebagai seorang Jungler dan Mid Laner.

Lagi seorang pemain yang dibawa masuk ialah Kymm yang sebelum ini berada di Tier 2.

Dalam hantaran sama, Team Secret sudah menggantikan Gold Laner mereka.

Deto sudah keluar daripada Team Secret dan diggantikan oleh Zuto yang sebelum ini adalah ejen bebas.

Selepas membawa masuk Xorn, Yoodo Red Giants Esport turut mengambil seorang penganalisis iaitu Skydreamer.

Hanya satu jendela perpindahan berlaku pada musim ini berbanding musim lalu.

Jendela perpindahan ini masih dibuka dan akan tutup pada 4 April. 

RELATED NEWS

+