Rising Star, LinkEzaa dan Leixia satu pasukan?

Team Caracal baru sahaja menubuhkan skuad mereka dan mengacah tujuh pemain baru di Instagram mereka. Pasukan itu mempelawa netizen untuk meneka siapakah barisan pemain pasukan baru itu.

Jika dilihat pada posting di bawah, ternyata ada di antara pemain itu sudah kita dapat kenali seperti LinkEzaa dan Leixia dari bayangannya.

Namun begitu, bekas pemain Orange, Minn turut mendedahkan nama ahli setiap pasukan baru iaitu Minn, Zaraki, Lolealz, Aim dan juga Kaizer Jin. Dia membuat pendedahan itu melalui Instagram Story miliknya.

Walau bagaimanapun, ianya belum diumumkan secara rasmi oleh pasukan itu. Siapakah yang anda rasa ahli-ahli pasukan baru itu? Nyatakan di ruangan komen.

Terdahulu, LinkEzaa sudah masuk ke pasukan baru iaitu Pabz Esports MY manakala Leixia dan rakan-rakan juga sudah keluar dari RSG kerana enggan untuk melanjutkan kontrak.

Foto: team_caracal

RELATED NEWS

+