“Rival dipilih kerana pemain-pemain Todak yakin dengannya,” – Ashi

Pengurus Todak MLBB, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashi mengatakan faktor mendorong pemilihan jungler baharu, Rival disebabkan dia antara calon paling muda yang berbakat.

“Rival dipilih kerana bakat yang ada pada dia untuk posisi Jungler dan dia antara calon paling muda yang berbakat.

“Kalau tak silap saya dia pernah bermain untuk Team Haq tapi tak pasti divisi mana. Kriteria utama dia dipilih adalah kepercayaan dan keyakinan pemain-pemain saya semasa proses percubaan berlangsung.

“Sebagai pengurus, saya wajib mempertimbangkan dan jika individu tersebut sesuai, saya akan serapkan ke dalam pasukan,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Malah, kata Ashi, mereka meletakkan Momo sebagai flex kerana faktor mendaftar pemain hanya seramai enam orang jadi salah seorang mesti ada kebolehan untuk bermain di semua posisi.

“Individu yang kami rasa yakin dan layak adalah Momo,” katanya.

Ketika ditanya mengapa Ciku diletakkan di gold lane, Ashi berkata ini semua keputusan pihak pengurusan. 

“Dalam pengurusan, kami tidak boleh membuat keputusan hanya bergantung kepada bakat semata-mata. Ada banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum sesuatu keputusan itu dibuat,” katanya.

MPL MY musim kesepuluh akan bermula pada 5 Ogos ini.

RELATED NEWS

+