HomeBois bertemu S2G Esports untuk perlawanan penyingkiran

HomeBois, wakil negara di kejohanan Phygital Games of the Future (MLBB) di Kazan, Rusia akan bertarung untuk perlawanan penyingkiran berdepan S2G Esports dari Turki.

Skuad Malaysia itu berdepan juara dunia MLBB, AP.Bren pada perlawanan semalam dan tewas 0-2 sekali gus ditolak ke pusingan penyingkiran hari ini.

Kelihatan draft HomeBois agak solid ke atas Bren namun wakil Filipina itu bermain dengan lebih berdisiplin dalam kedua-dua perlawanan sekali gus mendapatkan kemenangan. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Peminat boleh menyaksikan game penentuan itu pada jam 7 malam ini di Youtube dan Twitch Phygital Games of the Future.

Mari kita sama-sama doakan HomeBois dapat lolos ke peringkat playoffs!

RELATED NEWS

+