Rocket League versi mudah alih akan dilancarkan secara berperingkat

Rocket League Sideswipe, versi mudah alih Rocket League, akan dilancarkan bulan ini secara berperingkat berikutan pengumumannya pada Mac lalu. Pembangun Psyonix membisu mengenai judul mudah alih sehingga kini dan permainan itu akhirnya tersedia.

Oceania ialah wilayah pertama yang mendapat akses kepada permainain itu dan wilayah lain akan dapat bermain permainan itu menjelang akhir November ini.

Permainan ini menampilkan aksi gaya arked yang dioptimumkan untuk kawalan sentuhan. Ia akan datang dengan pilihan untuk bermain perlawanan persendirian dan ia mempunyai sistem kedudukan kompetitif yang serupa dengan Rocket League asal.

Permainan ini percuma untuk bermain dengan mod permainan 1v1 dan 2v2 serta mod Hoops yang menyerupai bola keranjang. Permainan ini kini dalam pramusim dan ia akan membawa kepada Musim 1 dengan kandungan masa terhad. Kebarangkalian permainan ini akan terdapat microtransaksi untul kosmetik dan battle pass.

Jika anda memautkan akaun Epic Games Rocket League sedia ada anda dengan Rocket League Sideswipe akan memberi ganjaran kepada anda dengan bonus XP. Akan ada acara silang antara Rocket League dan Rocket League Sideswipe dengan ganjaran eksklusif untuk pemain dari kedua-dua permainan.

Rocket League Sideswipe tersedia di Oceania tetapi tarikh pelancaran khusus untuk wilayah lain belum tersedia. Psyonix menyatakan bahawa permainan itu akan tersedia di semua wilayah pada akhir November ini.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+