S.T.A.L.K.E.R 2 tidak akan menerima sokongan NFT lantaran reaksi peminat

GSC Game World, pembangun kepada S.T.A.L.K.E.R. 2: Heart of Chernobyl menyiarkan kenyataan yang kini dipadamkan di Twitter yang menghuraikan rancangannya yang dikritik secara meluas untuk menambah NFT pada permainan. Ringkasnya, syarikat itu berkata ia akan menggunakan dana yang diperoleh daripada NFT untuk membantu pembangunan.

“S.T.A.L.K.E.R. 2: Heart of Chernobyl sememangnya permainan terbesar dan paling kompleks yang pernah kami cipta,” kata GSC Game World.

“Semua dana yang kami peroleh semasa proses pembangunan termasuk potensi pendapatan daripada NFT akan dibelanjakan untuk menambah baik permainan yang lama ditunggu-tunggu untuk menjadikannya lebih baik lagi.” tambahnya.

Namun, studio pembangunan itu pantas untuk mengundur langkah dengan membatalkan niat mengimplementasikan NFT dalam permainan mereka selepas menerima reaksi negatif dari rata-rata semua peminatnya di Twitter.

Baru-baru ini, kelihatan ramai studio pembangunan yang berminat untuk memasukkan konsep NFT dalam permainan seperti Ubisoft, dan Discord, tetapi aplikasi komunikasi itu sudah berpatah balik juga selepas menerima reaksi serupa pembangun S.T.A.L.K.E.R. 2: Heart of Chernobyl.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+