Samsung melancarkan edisi khas Galaxy S22 Diablo Immortal – hanya 100 unit dijual

Sempena pelancaran Diablo Immortal di kebanyakan rantau, Samsung baru-baru ini mengumumkan kolaborasi bagi edisi Galaxy S22 Diablo Immortal.

Edisi terhad 100 unit ini dijual oleh syarikat LG Uplus namun belum ada harga diumumkan buat peranti ini. Malah, ia hanya ditawarkan di Korea Selatan saja.

Bersama-samanya adalah aksesori Diablo Immortal termasuklah mouse pad yang direka unik, case, pad pengecasan nirwayar dan peta Diablo Immortal serta pek kad dari Blizzard.

Samsung juga mengatakan kolaborasi sebegini bersama Blizzard akan dilanjutkan lagi dalam masa akan datang yang disasarkan kepada generasi muda dan gamers.

Sumber: sammobile.com

RELATED NEWS

+