Diablo Immortal sah akan dilancarkan di Malaysia, 8 Julai ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Diablo Immortal akhirnya akan dilancarkan di rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia pada 8 Julai ini selepas ditunda dari tarikh pelancaran asal pada 23 Jun.

Kali ini, pemain akan dapat menggunakan pelbagai karakter di Sanctuary antaranya Barbarian, Crusader, Demon Hunter, Monk, Necromancer dan Wizard bermain di lapan zon berbeza.

Buat masa ini, pemain Diablo Immortal di PC boleh pra-muat permainan ini dari Battle.net manakala pengguna peranti pintar perlu memuat turun menerusi gedung aplikasi yang tersedia. Namun, bagi iOS, ia masih belum tersedia.

Bagi anda yang inginkan fungsi rentas-kemajuan (cross-progression), anda boleh menggunakan akaun Battle.net untuk bermain di PC dan peranti pintar. Jika anda bermain dari peranti pintar, guna mod guest dan kemudian log masuk ke akaun Battle.net untuk import kemajuan ke PC.

Ini adalah keperluan spesifikasi untuk pelantar iOS dan Android:

iOS:

Hardware: iPhone 6S dan ke atas
Sistem operasi: iOS 11
Storan: 12.8GB termasuk patch

Android:

Hardware: Android 5.0 dan ke atas
CPU: Snapdragon 660 / Exynos 9611
GPU: Adreno 512 / Mali-G72 MP3
Memori: 2GB RAM
Storan: 12.4GB termasuk patch

Perlu diingatkan, anda hanya boleh memainkan karakter dalam satu pelayan dan tidak boleh memindahkan kemajuan karakter anda ke pelayan lain buat masa ini. Jadi, pastikan anda dan rakan-rakan berada dalam pelayan yang sama untuk party.

Dari segi sokongan bahasa, Bahasa Inggeris adalah yang paling umum dan tiada pilihan Bahasa Melayu disediakan.

RELATED NEWS

+