Sega mahu buat filem atau siri Persona

Beberapa tahun sudah Persona menjadi antara permainan video yang sentiasa menjadi salah satu RPG yang terkenal.

Selepas kejayaan Sonic the Hedgehog, Sega kini dalam fasa permulaan untuk menceburi francais Persona.

Menurut IGN, Toru Nakahara penerbit filem Sonic the Hedgehog mengatakan Sega akan cuba ceburi filem ini.

“Kisah seperti francais Persona adalah dekat di hati peminat dan kami nampak peluang ini untuk membesarkan lagi kisah Persona,”

Beberapa permainan video juga sedang dibuat seperti Twisted Metal, Ghost of Tsushima dan The Last of Us.

Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan rasmi mengenai hal ini.

Adakah dunia anime Persona sesuai untuk adaptasi?

Rujukan: IGN

RELATED NEWS

+