Senarai 5 hero yang paling popular di MPL ID S9

MPL ID adalah salah satu liga profesional MLBB  yang wajib ditonton oleh peminat di seluruh dunia.

Indonesia sudah menjadi penanda aras bagi arena kompetitif Mobile Legends sehingga kini. 

Setakat minggu keempat MPL ID berlangsung, ini adalah senarai lima hero paling popular di MPL ID S9.

VALENTINA

Kekuatan Valentina tidak dapat dinafikan lagi, hero mage ini mampu meniru skill pihak lawan dan menggunakannya untuk meningkatkan kekuatan hero ini.

Hero ini dikenakan ban sebanyak 64 kali dan berjaya diambil hanya sekali setakat ini.

FANNY

Hero yang menggunakan kabel untuk bergerak dengan pantas di dalam peta ini sememangnya sangat menakutkan semenjak Moonton memberikan buff kepadanya baru-baru ini.

Fanny dikenakan ban sebanyak 49 kali dan dipakai sebanyak 11 kali.

YVE

Real World Manipulation yang mampu menukarkan situasi pertarungan sangat ditakuti oleh pihak musuh. Yve dikenakan ban sebanyak 17 kali dan dipakai oleh pasukan MPL ID sebanyak 40 kali.

Hero ini juga boleh mengenakan damage dari jarak jauh dalam kawasan yang luas sekali gus sangat berguna ketika teamfight penting di kawasan Lord dan Turtle.

MATHILDA

Mathilda juga mempunyai set skill yang diperlukan oleh pasukan sebagai seorang roamer. Walau bagaimanapun, hero ini mempunyai kadar kemenangan yang sangat rendah di dalam MPL ID. 

LANCELOT

Hero yang sangat lincah ini sangat terkenal dengan kekuatannya di fasa awal dan pertengahan permainan. Dikenakan ban sebanyak 41 kali, Lancelot amat popular sebagai assassin jungler dan sudah dipakai sebanyak 14 kali.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+