Perlawanan HomeBois lawan Team HAQ cipta rekod baharu tontonan puncak tertinggi MPL Malaysia

Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim ke-13 kini mencipta fenomena tersendiri selepas mencatatkan Tontonan Serentak Puncak (PCV) pada minggu kedua dengan 228,679 menyaksikan perlawanan antara HomeBois dan Team HAQ, menurut Esports Charts.

Ia meningkat sebanyak 37% berbanding rekod PCV berbanding perlawanan Todak dan HomeBois pada minggu keempat, musim lalu dengan 166,000 PCV sahaja. 

  

Raja Baru mendahului semua manakala Chip membuat penampilan sulung di Minggu 2

King Empire Esports menjatuhkan Selangor Red Giants di Minggu 2 Regular Season selepas meraih kemenangan bagi keempat-empat perlawanan mereka. Pesaing baru liga ini mencatat dua kemenangan bersih berturut-turut ke atas Bountee Esports pada Hari 2 dan Barracuda Esports pada Hari 3, sekaligus berjaya merebut 6 mata maksimum di Minggu 2.

Kemenangan mereka ke atas Barracuda Esports pula menambah keperitan bagi pihak lawan yang masih buntu mencari kemenangan pertama mereka selepas tiga perlawanan.

Selangor Red Giants pula menduduki tempat kedua dengan 9 mata, dan masih mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding pemimpin liga. Mereka menunjukkan dominasi ke atas juara MPL Malaysia sebanyak tiga kali, TODAK, dengan kemenangan 2-0 pada hari kedua untuk mengekalkan rekod sempurna mereka pada musim ini. Red Giants kekal sebagai pasukan tunggal yang masih belum tewas dalam sebarang perlawanan, serta berjaya mengumpulk mata maksimum untuk ketiga-tiga perlawanan mereka.

Team HAQ melengkapkan senarai tiga pasukan teratas dengan 7 mata selepas berjaya merampas satu mata daripada Homebois di Hari 2, dan kejayaan mengatasi Monster Vicious di Hari 3.

Homebois mencatatkan kemenangan pertama mereka musim ini – menentang Monster Vicious pada Hari 1 dan Team HAQ pada Hari 2.

Juara bertahan itu semestinya menghargai mata pertama mereka dalam liga, tetapi mungkin sedikit kecewa dengan kehilangan 2 mata selepas hanya berjaya mengumpulkan skor 2-1 di kedua-dua perlawanan. Perlawanan Homebois melawan Monster Vicious menyaksikan penampilan sulung hero global terbaru MLBB, Chip, di dalam permainan profesional.

Roamer Homebois, Xorn, berjaya mendapatkan KDA (Kills-Deaths-Assists) yang mengagumkan 1/0/10 di Permainan 1, menjadikannya Pemain Paling Berharga (MVP) Permainan, dan mempengaruhi strategi Monster Vicious yang kemudiannya membuang hero (banned hero) itu di dalam dua permainan seterusnya.

Pertarungan tumpuan mengejar gelaran di Minggu 3

Minggu 3 Regular Season akan bermula semula pada 19 hingga 21 April selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Pertandingan pembukaan akan menjadi peluang bagi Selangor Red Giants untuk menebus kekecewaan lampau selepas tewas dengan RSG Malaysia di Pusingan Akhir Kohai SEA Championship Season 2 pada bulan Disember lepas, di mana mereka kalah 4-3 di pertandingan kemuncak.

Perlawanan tumpuan Seru Saturday akan menampilkan juara bertahan Homebois menentang penentang utama musim ini, King Empire Esports di dalam perlawanan mesti menang bagi kedua-dua pasukan.

Bagi Lu “SaSa” Khai Bean dan Aeliff “Smooth” Adam Md Ariff dari King Empire Esports, ini merupakan peluang mereka untuk membalas kekecewaan akibat kalah kepada Homebois di Perlawanan Akhir Playoffs Musim Ke-12 semasa mereka mewakili Team SMG.

Kekalahan itu menyebabkan pasukan mereka melalui laluan getir melalui peringkat Wildcard sebelum berjaya mendapatkan slot Kejuaraan Dunia M5 pada tahun lalu. Selain itu, tumupuan juga diberikan kepada pertemuan semula bekas rakan sepasukan dengan nama gelaran gabungan “Kage”, SaSa dan Muhammad “Udil” Ardiansyah, yang akan bertempur menerusi pasukan berbeza.

Kedua-dua mereka sudah berjaya menempa nama dan pelbagai kejayaan semasa bersama-sama di pasukan ONIC Esports Indonesia, termasuklah MLBB Southeast Asia Cup (MSC) dan MPL Indonesia.

Hari 3 bakal menyaksikan Jungler TODAK, Muhammad Syafizan Najmi “Garyy” Kamarulzaman, menentang pasukan lama beliau iaitu Team HAQ. Dicanang sebagai pemindahan pemain termahal dalam sejarah MPL Malaysia dengan nilai sekitar RM100,000.

Tekanan besar ke atas Garyy terutamanya selepas permulaan yang kurang memberangsangkan untuk TODAK semasa permulaan Musim Ke-13. Walau bagaimanapun, Jungler Team HAQ sendiri, Janus “Janus” Badando, menjanjikan persaingan yang sengit selepas mencatatkan kejayaan menjadi Pemain Terbaik Perlawanan (MVP) semasa perlawanan melawan Bountee Esports di Minggu Pertama.

10 pasukan terbaik MLBB berentap di MPL MY S13 bagi merebut slot ke Mid Season Cup dengan hadiah terkumpul AS$ 3 juta (RM14 juta).

Pasukan-pasukan ini juga merebut sebahagian besar dari hadiah terkumpul MPL MY S13 sebanyak RM468,000 (AS$100,000).

RELATED NEWS

+