Siapa dua pemain baru MAB Esports?

Menerusi sebuah hantaran Instagram MAB Esports, mereka memberikan petunjuk untuk membawa dua pemain baru yang akan menyertai pasukan itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MAB ESPORTS (@mab_esports)

Para peminat masih berteka-teki lagi bahawa siapakah dua pemain ini.

Sebelum ini, MAB Esports memulakan langkah mereka di MPL MY musim ke-9 melalui pusingan kelayakan dan berjaya melayakkan diri ke musim liga.

Sewaktu di peringkat kelayakan, berlakunya banyak perkara yang tidak diingini seperti isu joki perlawanan di antara pasukan Mickey dan MAB Esports, tetapi mereka berjaya membuktikan yang mereka di pihak yang benar.

Meskipun MAB berjaya ke peringkat liga MPL MY musim ke-9, prestasi mereka tidak begitu memberangsangkan sehingga tidak berjaya ke peringkat playoff.

Adakah kehadiran dua pemain baru MAB Esports ini akan membantu mereka ke liga profesional MPL musim hadapan? Sama-sama kita nantikan.

Foto: Instagram MAB Esports

RELATED NEWS

+