Siri POCO F6 kini dilancarkan – Snapdragon 8s Gen 3, 90W Hypercharge, harga bermula RM1,799

POCO kini memperkenalkan segmen flagship terbaru mereka dengan siri POCO F6 dengan pelancaran di Dubai Exhibition Center.

Siri POCO F6 kali ini menjanjikan prestasi lebih baik terutamanya untuk para gamers, peminat fotografi dan peminat teknologi.

POCO F6 Pro: Evolusi terbaru untuk gambar dan prestasi

POCO F6 Pro mempunyai kelebihan untuk mendekatkan prestasi dengan mana-mana flagship di luar sana.

Dikuasakan dengan cipset Snapdragon® 8 Gen 2 yang membawa prestasi lebih pantas yang menjadikan POCO F6 Pro flagship yang banyak kegunaan harian.

Sistem operasi Xiaomi HyperOS terbaru juga digunakan termasuk memori dan storan lebih besar.

Telefon ini juga mempunyai skrin 6.67 inci ultra-clear WQHD+ 120Hz Flow AMOLED dengan bezel yang nipis untuk memberikan pengguna pengalaman penuh.

Prestasi POCO F6 Pro memberi fokus kepada kelajuan terutamanya dengan WildBoost Optimizaton 3.0 dan LiquidCool Technology 4.0 untuk pengalaman bermain permainan video terbaik.

Disamping itu, kamera utama 50MP juga mempunyai sensor untuk memastikan gambar lebih terperinci walaupun dengan situasi yang rumit untuk diambil.

Fungsi POCO Imaging Engine adalah fungsi AI yang hadir bersama telefon anda untuk membantu anda mengoptimasikan lagi gambar yang diambil.

POCO F6 Pro dihadirkan dengan warna Hitam dan Putih dengan bateri 5,000mAh.

Paling penting, dengan pengecas 120W HyperCharge, anda boleh memenuhkan bateri dalam hanya 19 min sahaja.

POCO F6: Direka dengan kelajuan dengan Snapdragon® 8s Gen 3

POCO F6 menjanjikan pengalaman flagship bermain permainan video mudah alih dengan memberi fokus terhadap CPU dan kemampuan AI oleh X4 prime core.

Ia dengan mudah memberikan prestasi lebih baik dari kebanyakan peranti pintar yang lain.

Snapdragon® 8s Gen 3 menjadikan ia peranti berkuasa tinggi untuk sesi gaming dan boleh mengurangkan suhu untuk permainan termasuk penggunaan LiquidCool Technology yang menggunakan sistem IceLoop baharu.

POCO F6 juga memperkenalkan skrin CrystalRes untuk siri POCO F dengan 6.67 inci Flow AMOLED DotDisplay 120Hz.

Sebagai alternatif dari bermain permainan mudah alih, anda juga boleh mengambil banyak gambar menarik dengan tiga kamera 50MP iaitu IMX 882 ultra-wide sensor dan OIS  dan EIS untuk fotografi video 4k 60fps.

Peranti ini akan hadir dengan warna Hitam, Hijau dan warna baru iaitu Titanium.

POCO F6 juga akan mempunyai saiz bateri 5,000mAh dengan pengecasan 90W dimana bateri akan penuh dalam hanya 30 minit sahaja.

Produk

Siri POCO F6  Pro kini boleh dibeli di Malaysia dengan dengan storan 12GB+256GB, 12GB+512GB dan 16GB+1TB.

Harga untuk POCO F6 Pro bermula daripada RM2,299 sehingga RM2,899.

Manakala POCO F6 mempunyai variasi 8GB+256Gb dan 12GB+512GB.

Harga POCO F6 bermula daripada RM1,799 dan RM1,999.

Bermula 23 sehingga 31 Mei ini, kedua-dua model ini akan mempunyai harga eksklusif di pelantar mi.com dan kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada.

RELATED NEWS

+