Star Citizen jual ‘Everything Pack’ dengan harga RM225 ribu

Berapa banyak wang anda sanggup guna untuk kapal digital?

Pek digital dari Star Citizen ini beharga AS$48,000 (RM225 ribu) untuk mendapatkan kesemuanya.

Penjualan pek yang digelar Legatus 2953 ini dilaporkan oleh Tweaktown.

A screenshot shows the $48,000 DLC pack's store page.

Pek ini akan memberikan anda 175 kapal dari setiap peembangun termasuk kapal-kapal yang akan dikeluarkan.

Star Citizen adalah permainan video yang sudah diumumkan dari tahun 2012 dan berjaya mengutip lebih RM2 bilion dari hasil dana awam.

Pada tahun 2021, pek ini berharga AS$40,000 tetapi meningkat menjadi AS$48,000.

Anda hanya layak untuk membeli pek ini jika anda menyertai Chairman’s Club dimana anda menggunakan lebih AS$1,000 untuk layak membeli pek mahal ini.

Dengan wang sebanyak ini anda boleh membeli lebih 800 permainan video AAA yang beharga RM250.

Yang mana lebih berbaloi?

RELATED NEWS

+