SteelSeries Arctis Nova 5 mula dijual dengan harga rm699

SteelSeries kini kembali dengan siri fon kepala Arctis Nova 5 terbaru dan juga aplikasi peneman Nova 5.

 

Kali ini, ia mengutamakan rekaan berinovasi dengan idea untuk mencipta pengalaman audio lebih baik untuk peminat Xbox dan PlayStation, merangka pengalaman menggunakan fon kepala nirwayar yang premium serta membolehkan pemain bermain game dengan lebih lama.

Dengan harga hanya RM699, ini adalah ciri-ciri menarik terdapat di Arctis Nova 5:

  • Aplikasi Peneman Nova 5 – Lebih 100 audio preset yang disediakan oleh audio engineer, pemain e-sukan profesional dan pembangun permainan video. Anda boleh menukar audio serta merta tanpa perlu menutup permainan. Game seperti Fortnite, Apex Legends, Minecraft dan lain-lain, semuanya dalam preset yang ditentukan anda sendiri.
  • Driver Neodymium Magnetic – Anda boleh mendengar dengan begitu jelas dicampur dengan bass yang baik. Ia meningkatkan lagi pengalaman audio ketika bermain game.
  • Quick Switch Wireless – Angkat panggilan ketika gaming dengan hanya satu butang. Tiada lagi masalah ketika anda bermain game FPS misalnya.
  • Rentas Platform – Kabel USB-C membolehkan anda menyambungkan Nova 5 ke Xbox, PlayStation, PC, peranti boleh pegang, telefon pintar dan tablet yang menyokong penggunaan USB-C.
  • Bateri tahan lama – Lebih 60 jam penggunaan dengan hanya sekali pengecasan samada anda menggunakan sambungan Bluetooth atau 2.4 GHz.

Banyak lagi ciri menarik seperti Pembatalan Bunyi (NC) yang menggunakan teknologi Sonar AI. Gunakan Nova 5 untuk lapan jam sehari selama tujuh hari dalam satu kali pengecasan sahaja.

Arctis Nova 5/5X/5P Nirwayar sudah mula dijual dengan harga RM699 di platform Shopee dan Lazada.

RELATED NEWS

+