Studio permainan video Malaysia bekerjasama dengan Ubisoft – The Setters: New Allies

Lemon Sky Studios (Lemon Sky) adalah satu studio permainan video di Malaysia.

Studio ini juga terkenal dengan pembabitan mereka dalam permainan video AAA seperti Hi-Fi Rush dari Tango Gameworkds, The Last of Us Part 1 dari Naughty Dog dan Rachet & Clank: Rift Apart dari Insomniac Games.

The Settlers: New Allies | Ubisoft (UK)

Mereka baru-baru ini berkongsi dan menyambut pengalaman dalam membuat hasil seni rekaan untuk permainan real-time strategi (RTS), pembinaan bandar yang dibuat oleh Ubisoft Blue Byte (Ubisoft).

Permainan video tersebut adalah The Settlers: New Allies.

“Kami dengan bangganya mengumumkan Lemon Sky ada membantu dalam pembuatan The Settlers: New Allies. Ramai antara kami adalah pengikut setia sejak tahun 1993. Kami juga berasa sangat seronok apabila Ubisoft mengeluarkan versi reboot ini.

“Kami juga berharap kolaborasi seperti ini untuk masa hadapan akan berterusan,” ujar Ken Foong, Ketua Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Lemon Sky Studios.

The Settlers has finally emerged from development hell, and it's fighting  fit | Rock Paper Shotgun

Lebih dari 100 jenis bangunan yang anda bakal lihat dalam The Settlers adalah hasil titik peluh pasukan Lemon Sky.

RELATED NEWS

+