Pemain popular Dota 2 Syed “SumaiL” Hassan kini bakal menyaman bekas majikannya iaitu Evil Geniuses kerana melanggar kontrak dan penipuan.
SumaiL sudah lama membuat tuntutan kes mahkamah ini sejak Desember 2019 lagi.
Saman ini memberi keutamaan kepada saham yang diberikan kepada SumaiL pada September 2016 sebulan selepas berjaya mendapatkan tempat ketiga di The International 2016 (TI6).
Kes Saman SumaiL
Saman ini menyatakan SumaiL mendapatkan 400,000 saham dalam Evil Geniuses pada tahun 2016 dan ditukarkan kepada 265,338 saham biasa dan 106,667 unit saham yang didapati dari Peak6 Strategic Capital pada Mei 2019.
SumaiL pula diberikan kontrak baru pada Ogos 2019 untuk memberinya gaji bulanan dan bayaran bonus sehingga Ogos 2020.
Namun, selepas mendapatkan tempat ke-enam semasa TI9, dia tidak lagi dikehendaki EG dan dibuang.
Berikutan ini, SumaiL telah menandatangani kontrak baru pada September 2019 sehingga layak untuk bermain ke MDL Chengdu Major 2019 dengan syarat gaji AS$20,000 dikurangkan ke AS$2,000 sebulan dan SumaiL tidak boleh bertanding melainkan Dota Major sahaja.
Jika SumaiL mahu memberhentikan kontrak, dia perlu membayar denda sebanyak AS$125,000.
SumaiL kemudiannya mahu mencairkan sahamnya yang bernilai AS$1 juta dengan perjanjian AS$300,000 bayaran dan bayaran tertunda sebanyak AS$700,000.
Berikutan saman ini, SumaiL mengatakan dia tidak diberikan maklumat dan informasi yang tepat mengenai pemilikannya di Evil Geniuses.
Evil Geniuses juga dituduh menghalang SumaiL untuk keluar dan menyembunyikan kesan dari perjanjiannya.
Akhir kata, saman ini mengatakan Evil Geniuses mengambil kesempatan kepada pemain muda itu dan memberi kontrak yang mempunyai peraturan yang tidak jelas.