Surgeon Simulator 2 akan tiba di PC pada bulan Ogos tahun ini

Selepas Surgeon Simulator dilancarkan, ia menjadi sangat popular kerana mempunyai permainan yang kelam-kabut dan lucu. Sebuah sekuel yang lebih kelam-kabut telah diumumkan.

Bossa Studios, pembangun Surgeon Simulator, telah mengumumkan sebuah sekuel iaitu Surgeon Simulator 2. Ia akan dilancarkan di PC melalui Epic Games Store pada bulan Ogos tahun ini.

Salah satu penambahan paling menarik dalam Surgeon Simulator 2 ialah ia akan mempunyai mod multi-pemain yang memuatkan sehingga empat orang pemain.

Sebuah deluxe edition juga akan diterbitkan dan ia mempunyai beberapa barangan bonus menarik seperti:

  • Akses kepada beta tertutup
  • Barangan kosmetik eksklusif (set Mad Scientist, set Super Hero dan Surgeon Simulator Wristwatch)
  • Season Pass
  • Muzik latar rasmi

Surgeon Simulator 2 kini boleh dipra-tempah di Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut mengenai judul ini, anda boleh melayari laman web rasminya.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+