Syarikat produksi e-sukan terkenal Beyond The Summit ditutup selepas 11 tahun beroperasi

Syarikat produksi e-sukan terkenal, Beyond The Summit (BTS) sangat dikenali dengan pertandingan e-sukan Dota 2 yang dikeluarkan oleh mereka.

Selepas 11 tahun berkecimpung dan membentuk dunia e-sukan, BTS terpaksa menutup operasi mereka.

Pengasas Bersama syarikat, David “LD” Gorman juga menerangkan hal ini kerana BTS sudah tidak lagi mampan untuk meneruskan operasi e-sukan mereka.

Syarikat itu juga akan meneruskan pembayaran gaji untuk beberapa minggu akan datang dan mereka semua dibayar pakej pemecatan.

Acara terakhir untuk BTS adalah pertandingan Smash Ultimate Summit 6 walaupun ramai peminat membuat kutipan wang untuk membuat Dota Summit.

Kini berakhirnya era Beyond The Summit yang menjadi antara pertandingan Dota 2 paling terkenal selain pertandingan besar seperti Major.

Beyond The Summit bakal dirindui semua komuniti Dota 2 dan semua jasa mereka sangat dikenang.

Industri e-sukan baru-baru ini banyak melakukan penstrukturan semula kerana industri tersebut banyak menghadapi masalah ekonomi.

Selamat tinggal Beyond The Summit.

RELATED NEWS

+