Permainan anime popular, Jump Force, dinyahsenarai secara kekal daripada semua gedung digital pada hari ini. Penerbit Bandai Namco membuat pengumuman melalui sebuah kicauan di Twitter tentang permainan ini.
Online servers will go down on 8/24/2022 but all single-player functions will be playable locally.
For more info: https://t.co/5PzYZtlYkK
Thank you all once again for your support. We look forward to seeing you enjoy our other games.
— Bandai Namco US (@BandaiNamcoUS) November 10, 2021
Sejak ditarik daripada jualan, permainan itu tidak dapat dibeli lagi di Steam, PlayStation Store dan Xbox, atau eShop Nintendo.
Pelayan untuk mod dalam talian juga dijadualkan ditutup pada 25 Ogos tahun ini, dan sebarang mod atas talian seperti log masuk ke lobi berbilang pemain, acara dalam talian dan kedai dalam permainan, tidak akan dapat diakses selepas tarikh itu.
Namun, bagi pemain yang mempunyai permainan ini selepas tarikh itu, beberapa ciri akan masih berfungsi seperti perlawanan luar talian, perlawanan atas talian bukan Ranked, dan DLC yang pernah dibeli akan kekal bersama pemain.
Permainan ini masih boleh diperoleh secara fizikal, tetapi anda boleh menganggap permainan ini akan sukar untuk dicari pada masa akan datang.
Sumber rujukan: Twitter