Funimation bakal ditutup dan diserap masuk ke Crunchyroll

Funimation, laman di mana anda stream dan membeli anime secara rasmi akan ditutup dan diserap masuk ke Crunchyroll.

Ia akan tutup secara rasmi pada 2 April ini.

Tetapi ramai pengguna Funimation sedikit gusar dengan keputusan ini.

“Sebagai peringatan Crynchyroll tidak menyokong Funimation Digital, ini bermakna semua akses yang ada akan hilang,” tulis Funimation dalam satu kenyataan.

Hal ini kerana apa sahaja pembelian yang dibuat di Funimation tidak akan beralih ke Crunchyroll nanti.

Ini bermakna pengguna bakal hilang semua anime yang sudah dibeli untuk versi digital sahaja.

Di Funimation, semua anime versi fizikal yang dibeli akan memberi anda akses untuk versi digital.

Crunchyroll selepas ini pula bakal menaikkan harga langganan selepas gabungan ini siap dibuat.

Buat pengguna Funimation pula, sejarah akaun senarai anime anda boleh dibawa ke Crunchyroll nanti.

RELATED NEWS

+