“Tak sempat cari jungler untuk ganti LinkEzaa,” – Team Caracal

Team Caracal, yang juga salah satu pasukan bermain di Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim kesembilan tidak akan menyertai pusingan kelayakan Sukan SEA 2021, Hanoi, Vietnam.

Pengurusnya, Mohamad Zawir Zakari atau Tupai berkata mereka tidak mendaftar kerana kesuntukan masa.

“Tak masuk sebab tak jumpa jungler untuk gantikan LinkEzaa dan tak sempat nak buat persediaan untuk kelayakan,” katanya ringkas ketika dihubungi MyGameOn.

Ini bermakna Team Lemah akan menggantikan skuad itu.

Difahamkan, kelayakan itu akan bermula hari ini yang mana 10 pasukan dari MPL MY S9 menyertai.

Mereka adalah:

  • Orange Esports
  • Suhaz Esports
  • Red Esports
  • MAB Esports
  • Geek Fam
  • RSG MY
  • Team Lemah
  • HomeBois
  • Todak
  • Team SMG

Kelayakan ini akan berlangsung selama tiga hari hingga 23 Februari ini. Geek Fam antara pasukan yang menjadi tumpuan juga kerana baru-baru ini, mereka meminjam pemain Malaysia, Muhammad Arif Abdul Halim (Rippo) dari Bigetron Indonesia.

RELATED NEWS

+