Tayangan Perdana GAME ON! – Orkestra musik permainan video, 4 Mei ini di Mega Star Arena

Principal Conductor dan lagenda muzik permainan video Andy Brick akan hadir ke Mega Star Arena, Sungei Wang, Kuala Lumpur pada 4 Mei ini.

92 ahli Peninsular Festival Orchestra dan chorus bakal mempersembahkan lagu-lagu permainan video.

Game ON! adalah tayangan perdana untuk menyambut lagu-lagu simfoni permainan video.

Andy Brick adalah komposer pemenang anugerah, konduktor, dan simfoni musik untuk filem, permainan video dan konsert untuk The Sims, Civilization, Warhammer, Mafia, Little Mermaid II, Lady & The Tramp II, dan Sinbad.

Dia juga pernah menjadi konduktor untuk konsert Final Fantasy, Mario Bros., dan Halo World of Warcraft.

Konsert ini akan membawa 14 lagu permainan video blokbuster ditambah dengan sususan simfoni bertaraf dunia beriringan dengan video HD serta konsep seni yang tidak pernah diperlihatkan sebelum ini.

Game ON! akan mendendangkan lagu-lagu yang pernah memenangi anugerah.

Peminat boleh mendengar lagu-lagu dari semua genre permainan video iaitu Role Playing, Aksi Pengembaraan, Strategi dan Teka-teki, e-sukan dan permainan video berlawan.

Antara lagu permainan video yang akan didendangkan adalah Dota 2, League of Legends, World of Warcraft, Assassins Creed, Diablo dan lain-lain.

Tiket akan mula dijual mulai 6 April ini di laman biztmgptix dan bookmyshow.

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh melayari laman rasmi gameonconcert.

Foto: ©2018-2024, Andy Brick Music LLC

RELATED NEWS

+