Team17 berundur daripada penerbitan Ready or Not

Kerana mulut badan binasa.

Mungkin itu peribahasa buat pembangun Void Interactive sebelum Team17 berundur sebagai penerbit permainan first-person shooter ala SWAT, Ready or Not. 

Hal ini disebabkan satu soalan daripada pengguna Reddit yang bertanya, “patut bersedia atau tidak untuk misi tembakan sekolah di dalam kempen?”

Salah seorang daripada pembangun permainan daripada Void Interactive membalas (kini sudah dipadam oleh moderator Reddit), “anda perlu percaya ia akan berlaku”.

Pembangun dan kini penerbit tunggal, Void Interactive, mengumumkan pengunduran Team17 sebagai penerbit bersama melalui ciapan mereka di Twitter rasmi mereka, sebagai “persetujuan bersama”.

 

Pihak Kotaku juga melaporkan bahawa pihak Team17 juga mengesahkan pengunduran mereka. 

Seperti yang sedia maklum, isu tembakan sekolah merupakan isu sensitif di Amerika Syarikat. Jadi dengan penambahan misi seperti ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak selesa oleh orang ramai. 

Sumber: EuroGamer, Kotaku, NME.

RELATED NEWS

+