Temubual bersama FLOW Band J-Rock Lagenda – Akan hadir ke Malaysia bulan hadapan!

Buat peminat-peminat anime, FLOW tidak asing lagi sebagai salah satu band yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai dari lagu Naruto sehingga lagu Code Geass.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by FLOW (@flow_official_japan)

Penantian selepas sembilan tahun di Malaysia tidak lama lagi dengan persembahan mereka di SACRA MUSIC FEST 2024 pada 3 Februari ini!

MyGameOn diberi peluang untuk menemubual KEIGO dan TAKE dari FLOW khas buat peminat-peminat mereka di Malaysia.

1. Ramai peminat Malaysia tidak sabar dengan persembahan FLOW tidak lama lagi. Persembahan terakhir FLOW adalah pada tahun 2015. Ada apa-apa jangkaan persembahan FLOW bagi peminat di Malaysia?

“Saya berasa sangat teruja untuk membuat persembahan di Malaysia selepas sekian lama. Saya juga tidak sabar untuk bersama-sama dengan SACRA MUSIC kali ini. Peminat Malaysia sudah semestinya berseronok dan menunjukkan semangat luar biasa ketika konsert berlangsung. Saya tidak sabar untuk melakukan persembahan ini,” dari KEIGO.

2. FLOW sudah lama mengadakan persembahan di serata dunia. Adakah ada apa-apa berbezaan di antara peminat serata dunia dan peminat Malaysia?

“Saya sentiasa kagum dengan semangat peminat-peminat Malaysia. Tambahan lagi, ramai yang mempunyai pemahaman dalam Bahasa Jepun. Sejuk hati rasa sebab mereka tunjukkan penghargaan kepada budaya Jepun — tidak kira anime, musik atau persembahan langsung,” kata KEIGO.

3. Musik genre apa lagi yang anda ingin teroka?

“Setakat ini masih belum ada apa-apa genre yang ingin dicuba, tetapi kami berharap kami boleh memasukkan genre lain dalam pertembungan lagu,” kata TAKE.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by FLOW (@flow_official_japan)

4.FLOW sangat dikenali ramai dengan lagu-lagu anime, terutamanya di Malaysia. Boleh kongsi anime-anime kegemaran band?

“Sudah semestinya anime-anime yang kami kolaborasi bersama,” tulis KEIGO.

5. Lagu seperti “Go!!!” dan “COLORS” sangat ikonik untuk FLOW terutamanya dalam Naruto dan Code Geass. Ramai peminat anime di Malaysia membesar dengan lagu FLOW. Ada apa-apa mesej yang anda akan selalu masukkan dalam lagu-lagu anda?

“Kedua-dua Naruto dan Code Geass membawa emosi dan penghayatan berbeza untuk kumpulan kami. Kami juga sangat gembira mendengarkan ramai peminat anime Malaysia membesar dengan lagu FLOW. Sudah semestinya ia kerana mesej dan inspirasi didapati dalam lagu itu sendiri,” tulis TAKE.

6. Malaysia sangat dikenali dengan pelbagai jenis makanan tempatan. Hidangan manakah yang menjadi pilihan untuk ahli band FLOW? Tambahan lagi, adakah ada mana-mana lokasi di Malaysia yang ingin dilawati?

“Saya pernah makan Satay dan Nasi Goreng sebelum ini. Jadi saya mohon peminat-peminat di Malaysia untuk mencadangkan makanan apa yang patut kami makan. Setiap kali melawat, saya selalu mengambil gambar di hadapan Menara Berkembar Petronas. Saya juga teringin untuk melawat Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.” kata KEIGO.

Menurut FLOW juga mereka akan mempersembahkan lagu baru dan lagu-lagu anime mereka di SACRA MUSIC FES 2024.

FLOW juga sudah berada di dalam industri lebih dari 22 tahun dan setakat ini mereka hanya mahu mengadakan konsert di banyak negara lain lagi.

FLOW juga mahu mengadakan konsert di benua Afrika dan Oceania.

Nantikan FLOW bersama ASCA, VIVID VICE, spira spica dan ramai lagi di SACRA MUSIC FES. 2024 pada 3 Februari nanti!

RELATED NEWS

+