Tiga pemain Team Aster disahkan postif COVID-19 seminggu sebelum TI10

Pasukan Team Aster dari China mengesahkan bahawa tiga pemainnnya dijangkiti wabak COVID-19 beberapa hari sebelum mulanya kejohanan terbesar Dota 2, The International 10.

Menurut pengumuman yang dikongsikan Team Aster di Weibo, Du “Monet” Peng, Lin “Xxs” Jing, dan Ye “Borax” Zhibiao (aka “BoBoKa”) adalah tiga pemain yang terkena. Pasukan China itu sudah menjalankan bootcamp di Bucharest, Romania menjelang TI10 yang akan bermula pada 7 Oktober walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini.

Pengumuman itu juga menerangkan bahawa dua orang kakitangan lain sudah diuji positif terhadap virus itu selepas menjalani Ujian Nucleic Acid Amplification. Namun, pasukan juga meyakinkan peminat dengan menyatakan bahawa setiap orang yang sudah diuji positif sama ada ‘tidak ada simptom’ atau ‘gejala ringan.’

Team Aster memenangi StarLadder ImbaTV Minor S3 pada tahun 2020

Team Aster juga menerangkan bahawa pasukan itu sangat berhati-hati dengan menyatakan bahawa selepas tiba di Romania, mereka tidak meninggalkan hotel tempat mereka menginap, kecuali untuk membeli barang keperluan. Anggota pasukan yang dijangkiti kini terasing.

Dalam pernyataannya, Team Aster juga mengesahkan bahawa semua lima pasukan China yang bertanding di TI10 juga tinggal di hotel yang sama. Pada masa ini, tidak ada maklumat rasmi mengenai keadaan mereka di Team Aster. Namun, Team Aster menyatakan bahawa pihaknya telah melaporkan keadaan  ini secepat mungkin dan menegaskan bahawa tidak ada penyembunyian dalam proses tersebut.

Buat masa ini, kami tidak mengetahui jika pemain yang dijangkiti ini akan digantikan atau akan terus bermain di TI10. Mungkin pemain-pemain ini akan terus bersaing di Grouping Stage dalam kuarantin, dan masih bersedia untuk bersaing di pentas utama ketika ia bermula.

Team Aster kini sedang aktif berbincang dengan penganjur TI10 mengenai pergerakan susulan dan bahawa ia akan memberi maklumat kepada peminatnya sebaik sahaja ada perkembangan.

RELATED NEWS

+