Toksik dalam game – apa sebabnya dan macam mana nak atasi

Permainan video kini kian popular dan menjadi salah satu rutin harian untuk ramai pemain di serata dunia. Namun, anda pasti tidak lari dari berjumpa dengan pemain yang toksik atau dalam erti kata lain, mewujudkan suasana tidak baik dalam sesi permainan.

Ataupun boleh kata anda sendiri yang menjadi toksik kepada pemain lain.

Apa yang lebih memalukan kadang-kadang isu toksik ini dapat dilihat menerusi individu yang terkenal seperti streamer.

Jadi apa jenis-jenis pemain toksik yang ada?

Signs That You've Become A Toxic Gamer

1. Marah dan menuduh pemain lain

Ini adalah kes paling mudah untuk dijumpai dan pemain toksik sebegini akan marah apabila sesuatu itu tidak menjadi seperti apa yang dia mahukan.

Sebaliknya, pemain ini akan melepaskan kemarahan kepada pemain lain.

2. Griefing atau Feeding

Kadangkala pemain itu tidak marah namun dia akan kecewa dan bertindak membuat apa-apa sahaja supaya pasukannya kalah.

Mereka ini akan mengganggu pemain lain dengan memberi kill percuma dan juga memberitahu beberapa maklumat ketika bermain permainan video.

3. Kata-kata kebencian

Biasanya orang seperti ini akan mengeluarkan beberapa kata-kata kesat mahupun rasis. Hal ini selalunya berlaku di antara pemain lelaki dan wanita.

Tidak lupa juga diskriminasi jantina terhadap orang lain.

4. “Bukan salah saya”

Pemain toksik seperti ini tidak akan mengaku akan kesalahan diri sendiri. Kemungkinan ini adalah disebabkan ego dan bukan mudah untuk seseorang itu mengaku atas kekurangan diri.

Itu adalah beberapa contoh orang-orang yang toksik malah banyak lagi jenis-jenis pemain yang toksik wujud.

Jadi apa yang perlu anda buat untuk mengelakkan menjadi toksik atau berjumpa pemain yang toksik?

Amazon wants to force toxic gamers to play together

1. Optimistik

Jika pasukan atau anda sendiri mula menjadi toksik, cuba untuk lebih optimistik. Kenapa anda kalah? Kenapa anda marah?

Adalah lebih baik kita cuba membantu dan menyokong rakan kita supaya menenangkan diri.

Malah seluruh pasukan anda akan menjadi lebih baik jika semua org lebih tenang untuk bermain.

2. Guna Butang MUTE

Jangan lupa gunakan butang mute. Butang mute sesuai untuk  mengelak dari pemain atau diri sendiri menjadi toksik.

Apabila anda mute dan orang itu sedar mungkin dia akan lebih bertenang kerana setiap kemarahan itu tidak dapat ditujukan kepada orang lain.

3. Bermain dengan rakan-rakan

Sudah semestinya bermain dengan rakan-rakan dapat mengurangkan toksik melainkan anda dan rakan anda sendiri menjadi toksik.

Lagipun lebih menyeronokkan untuk bermain dengan rakan-rakan dan jika rakan anda toksik anda boleh menenangkan mereka.

4. Berehat

Jika toksik mendatang tetapi anda masih toksik?

Berehat dari bermain dan ambil rehat yang secukupnya untuk mengubah minda anda dari menjadi toksik.

Kesimpulan

Kesimpulanya, perkara seperti ini boleh menjadi masalah dan susah untuk dielak. Walaupun nampak kecil, perangai toksik pasti akan ada dan memberi masalah.

Perlulah kita cuba untuk mengurangkan toksik di dalam permainan video untuk kesejahteraan semua orang.

Foto: Youtube

RELATED NEWS

+