Riot Games akan membina lebih banyak studio di China, fokus permainan mudah alih

Riot Games secara rasminya mengumumkan naik taraf bagi pusat penyelidikan dan pembangunan di Shanghai yang kini menjadi Riot Studio Group sempena ulang tahun pertama fasiliti itu.

Mereka juga akan membina lebih banyak studio tempatan di beberapa bandar di China bagi tujuan penyelidikan dan membangunkan permainan baru serta permainan sedia ada. 

Studio ini akan memfokuskan pembangunan permainan mudah alih baharu bagi pasaran China dan negara lain. Studio di Shanghai itu sudah pun dikenali dengan pembangunan League of Legends, VALORANT, Wild Rift dan lain-lain.

Mereka juga mengatakan platform mudah alih antara strategi dan fokus mereka untuk beberapa tahun akan datang dan mereka sudah mengambil lebih 60 pekerja untuk studio itu.

Sumber rujukan: Gamingonphone

RELATED NEWS

+