Mungkin kebetulan? Sempena filem reboot Tomb Raider akan ditayangkan di Amerika Syarikat tak lama lagi, 3 game original Tomb Raider akan hadir ke Steam dalam bentuk remaster.
Developer Realtech VR bertanggungjawab untuk itu dan sebelum ini, Tomb Raider 1 dan Tomb Raider 2 dikeluarkan untuk peranti pintar. Edisi itu yang akan dibawa ke Steam nanti. Ini respons mereka di Twitter.
TR1-3 remaster for PC are planned for Steam for free and will requires the purchase of the DOS version being sold on Steam (like ZDoom playing Doom games). Also the PC version will supports OpenVR and features a new 3D engine for both 3 games.
— realtech VR (@realtech_VR) March 1, 2018
Twit itu juga mendedahkan pelan mereka untuk menyertakan sokongan Open VR dan enjin 3D baru untuk ketiga-tiga game. Setakat ini juga masih belum ada tarikh pelancaran rasmi untuk versi ini.