5 wanita terhebat dalam permainan video – Selamat Hari Wanita Sedunia

Ada wanita dalam permainan video tidak banyak memberi impak namun terdapat beberapa protagonis wanita yang hebat dan sentiasa memecah stereotaip.

Banyak juga karakter wanita yang sangat realistik sebagai protagonis dan banyak karakter kuat dengan motivasi mereka sendiri yang ada kehebatan namun ada sedikit kekurangan tetapi masih wajar menjadi contoh terbaik.

1. Aloy (Horizon)

Menjadikan wanita sebagai protagonis permainan video bukan perkara mudah. Aloy dari Horizon membuktikan dia adalah seorang wanita yang hebat.

Dia mampu berfikir untuk diri sendiri walaupun ramai orang di sekelilingnya tidak menyukai Aloy namun dia sentiasa menegakkan kebenaran.

Malah banyak juga karakter lain di dalam Horizon dari hunter hebat dan matriarchs. Aloy sentiasa memberikan pemerkasaan wanita di seluruh permainan video.

2. Bayonetta (Bayonetta)

Bayonetta adalah lebih dari hanya klon Dante versi perempuan.

Dia mempunyai personalitinya tersendiri namun, personaliti Bayonetta dapat dilihat dalam cara dia bercakap dan bergerak.

Setiap kali ada raksasa atau karakter yang merendahkannya, Bayonetta sentiasa membuktikan dia tidak selemah disangka malah terlalu kuat untuk mereka.

Bayonetta juga tidak segan silu untuk membuat makian yang ditambah peluru dan pedang.

3. Ellie (The Last of Us)

Ellie dalam The Last of Us 2 menerima tanggungjawab besar apabila menggantikan Joel sebagai protagonis.

Dia kini mahu membalas dendam selepas apa yang terjadi dan banyak moral dan perspektif berubah.

Namun Ellie menunjukkan dia juga sangat berperikemanusiaan.

Ellie sangat kuat dan dia sangat mengetahui cara untuk hidup di kalangan zombie. Dia juga mampu membuat keputusan yang baik walaupun terdapat beberapa orang yang tidak bersetuju dengannya.

Ellie adalah salah satu contoh karakter permainan video terbaik tidak kira jantina.

4. Yuna (Final Fantasy X)

Walaupun banyak wanita lain dalam siri Final Fantasy, Yuna adalah karakter wanita yang boleh dikatakan sangat penting seperti protagonis Tidus.

Yuna juga adalah karakter yang kompleks, dari seorang summoner yang cuba mengalahkan Sin raksasa jahat yang menghancurkan peradaban yang terlalu moden.

Dia juga tahu setiap summoners akan mati apabila mengalahkan Sin namun Yuna tetap berkorban untuk mengalahkan Sin.

5. Lara Croft (Tomb Raider)

Lara Croft sentiasa menjadi salah seorang wanita dalam permainan video yang dikenali ramai iaitu Tomb Raider.

Dia juga protagonis yang sangat menarik. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang kaya dia sentiasa menempatkan diri untuk mengembara, mencari jawapan dan sangat suka membantu orang ramai.

Lara juga banyak menggunakan pengetahuan sejarahnya yang sangat meluas untuk kelangsungan hidup ketika menghadapi masalah ketika mengembara.

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia!

RELATED NEWS

+