Uniqlo bakal mengeluarkan tshirt baru bulan depan, kolaborasi dengan Jujutsu Kaisen

Jenama pakaian urban, Uniqlo kini berkolaborasi dengan siri anime dan manga popular, Jujutsu Kaisen.

Menurut laporan Aksiz, Koleksi pakaian ini banyak memfokuskan pada rekaan berdasarkan manga. Sebanyak tujuh rekaan (design) dikeluarkan untuk dewasa.

Ia boleh didapatkan dengan harga RM59.90 manakala bagi kanak-kanak terdapat empat rekaan, setiap satu berharga RM39.90.

Tshirt ini akan dikeluarkan pada 7 Jun ini yang boleh didapatkan di Uniqlo.com

Antara rekaan baju Jujutsu Kaisen dari Uniqlo

Selain koleksi pakaian, Jujutsu Kaisen juga dikatakan bakal berkolaborasi dengan Mobile Legends untuk skin baharu.

Sumber rujukan: Aksiz , Polygon

RELATED NEWS

+