Until We Die kini menyokong Bahasa Malaysia

Permainan strategi side-scroll, Until We Die yang dibangunkan oleh Pixeye Games, akan memasukkan fungsi terjemahan Bahasa Malaysia. 

Penambahan sokongan Bahasa Malaysia ini dilakukan oleh Mayflower Entertainment – syarikat dari Korea yang melakukan peralihan ke Bahasa Korea. Mereka juga terlibat dengan proses penerbitan untuk permainan Encodya dan Cross Code.

Until We Die ialah permainan strategi di mana pemain dengan watak Ivan, ditugaskan untuk mempertahankan pengkalan anda di sebuah stesen bawah tanah, daripada ancaman mutan pasca-apokaliptik dalam masa 30 hari.

Jika anda berminat untuk bermain, Until We Die boleh di dapati di Steam dengan harga promosi yang sah hingga 3 Ogos ini. 

Sumber: Aksiz

RELATED NEWS

+